Shinpad Image

Football AI Tournament Perlis 2025

Football AI Tournament Perlis 2025 merupakan sebuah program anjuran bersama oleh Pusat Kecemerlangan Sensor Teknologi Termaju (CEASTech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM), Sekolah Sri Indera, IDERIA dan AI Society UniMAP (AISU). Program ini dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos 2025.

Program Innovating STEM Through Sports merupakan salah satu inisiatif pendidikan berasaskan pengalaman (experiential learning) yang dirangka untuk memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Perlis sebagai salah satu pendedahan awal untuk mengaplikasikan teknologi dalam dunia sukan, antara salah satu sukan yang termasyhur untuk setiap sekolah adalah sukan bola sepak yang menjadi kegilaan dalam kalangan mereka.

Dalam konteks program ini, para pelajar akan didedahkan untuk mereka bentuk dan membina shinpad pintar dengan gabungan teknologi AI yang mampu menjejak prestasi pemain semasa perlawanan bola sepak.

Pendekatan ini membolehkan pelajar memahami aplikasi teknologi secara langsung dan konsep teknologi yang memberi manfaat dalam aktiviti sukan yang menggunakan 'sistem tertanam' (embedded system), penderiaan data (data sensing) serta analisis prestasi (performance analysis) menggunakan AI. Justeru itu, pendekatan ini juga mampu mencungkil bakat pelajar dan mengasah minda mereka untuk menjadi lebih kreatif dan berstrategi dalam dunia teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan manfaat dalam dunia sukan dan kegunaan lain di luar sukan. Tidak ketinggalan juga, dapat memanfaatkan dari segi kecergasan badan dan minda dalam diri setiap pelajar

Liga FAIT

  1. Terdiri daripada dua Liga iaitu dari sekolah rendah dan sekolah menengah.
  2. Format kedua-dua Liga adalah Saingan Kumpulan (terdiri dari 4 pasukan setiap kumpulan) & seterusnya akan ke pusingan kalah mati.
  3. Masa permainan adalah seperti berikut:
    • Peringkat Kumpulan = 7minit + 1minit + 7minit (7 separuh masa pertama, 1 rehat, 7 separuh masa kedua)
    • Peringkat Kalah Mati = 10 + 2 + 10
  4. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.
  5. Lokasi Liga bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Jalan Sekolah Derma 01000 Kangar, Perlis.
  6. Fasa perlawanan:
    • Fasa 1: (4 - 7 Ogos 2025) - Liga berkumpulan (Sekolah Rendah)
    • Fasa 2: (11 - 14 Ogos 2025). - Liga berkumpulan (Sekolah Menengah) dan Perlawanan Akhir